Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya?
Sejarah April Fool
Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.
Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.
Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.
Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim
diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.
Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.
Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.
Thursday, 31 March 2011
apa itu 'APRIL FOOL'???? baca dulu baru tahu
Posted by islam mohd noor at 00:34 0 comments
Saturday, 26 March 2011
melalot di pagi hari
Assalamualaikum…..yeahh !!! kini aku kembali normal…..alhamdulillah kerna allah telah menyedarkan budak tu….haaa !!! tu laaa…len kali cri pasai lg….kah kah kah !!!!
Dh2….xmaw cita pasal bdk tu lg dh…bosan aihh….skrang ni aku sdg fikir utk menenangkan hati aku dkt suatu pulau yg dpt memberi kehidupan baru aku….pulau itu sentiasa bermain diminda aku….Cuma aku xtahu dimana tempatnya…..dlm minda ku,tmpat tu mmg indah….lg indah kalau pergi dgn org yg kita syg….pantainya bersih,laut juga penuh dgn hidupan2 yg cantik2…..aduhaii !!! bila la aku bole pegi ke sana….n dimana pulau itu berada???tidakkk !!!! mlm ni kau jelmalah nama tmpat tu k….. :D
Kenapa aku sering nk mrah2 org erk???hmmm…pelik2….aku sndiri heran ni…..sdgkan dri dulu aku xpernah kenal erti marah…yg aku tahu hnya berbaik dgn org ja…n idop aku hnya hppy jay g wujud….lain dri tu xpernah wujud langsung….tp law difikirkan blik,org tua2 kata law marah itu tandanya SAYANG !!! myb la aku syg kt dia….eh2 !! xdak myb….aku mmg syg kt dia….Cuma aku ja xtaw nk luahkan mcm mana….hmmm…..ada sapa2 yg bole tlg aku x???plzzzz !!!! help me....(agak macam syok sendiri lak)
Abgku kata : ang jgn cri pasai law yg org lain pnya
Aku : peduli apa aku….hahaha(betapa egonya aku)ttp nk apa yg aku nak….
Abgku : ikot ang laa….aku doa ang bahagia selalu
aku :haaa mcm tu la sokong adik….nant aku bukti kt ang bila aku dh bwa blik dia sbgai isteri yg sah…..
aku :haaa mcm tu la sokong adik….nant aku bukti kt ang bila aku dh bwa blik dia sbgai isteri yg sah…..
Bole ka aku nk penuhkan keinginan aku???tepuk dada rasa sakit….hahaha….aku rasa xmgkn berlaku coz aku ni siapa nk arah2 org….btol x???tp walau apa apa pon yg berlaku…aku ttp akan sygi dia smpai bila2….hahahaha(gila btol aku tulis cm ni)tidakkk !!!!! kini aku nk cuba tenangkan hati aku yg tgh serabut ni…..(sekali dgn pala laa)
Ok laa….mlz dh nk tulis…..stg mpa semua label aku jiwang lak….lbih baik aku undur diri dulu;….hahha….k laa…chaww !! yezzaa !!!!
Posted by islam mohd noor at 01:10 0 comments
Friday, 25 March 2011
bebaii !!!!
Hmmm….rini post aku myb anda akan tertnya2 sbb pa aku jd xterkawal….hmmm..mmg xtaw nk kata pa dh…n myb ni post terakhir sblom aku delete blog ni….rasa cm dh xda mood tros nk wat pa semua….hmm….kali ni xjd periang dh..myb jd kaki serabut + bebai…..heran gak noh bila ada gak yg mcm tu….pelik2…dh la semua keja nk lari ja dri aku,pelik ni…hmm…WHY??? WHY??? WHY??? Apa salah aku???n apa dosa aku???nk kata aku wat jahat….xdak kot….apa apa pon kaulah yg terbaikk !!..Cuma aku ja yg xpernah baik….bermcm2 masalah timbol lam pala otak aku smpai aku terasa cm nk pecahkan pala n buang jauh2 masalah…..hmm…kenapa aku ja???org lain senang2 mainkan aku…..tobat terbakar !!!apa aku buat mest da salah….dpa tu btoi sgt ka???aku tgk lg mereng ada laa…xketahuan hala !!! haaa! !!! nk kuar dh la bahasa kasar ni….huhuhu….k laa…mlas nk tulis bnyk2…kang stg mcm2 kuar dri mulut ni….besa la kan siapalah aku kan….mana leh halang mulut nk kata apa….tp stakat ni bole kawal lg laa….law x…mmg dh mcm2 kuar dri mulut...tettt…..
Posted by islam mohd noor at 10:37 0 comments
Thursday, 24 March 2011
hujan menanti
Assalamualaikum semuaaa…..hahaha…..kali ni anda mest heran coz tulisan ditukar…(sbnarnya syok sbb dpt baca dgn jelas)
Alahaiii !!! semenjak 2 menjak ni kan.,…hujan asyik turun disebelah ptg dan juga mlm….tp best jugak hujan coz bole men ujan….mmg mnjd kegilaan kanak2 laa law ujan turun….ntah laaa…rasa cam turun temurun lak permainan mandi ujan….kalaulah dewasa mandi ujan…apa yg nmpk???(jgn fikir bukan2 taw !!)hahha…law budak2 of kos nmpk besa ja coz dimana2 pon ada bdk yg akan main ujan tp xbole nk baying laa mcm mana law org dewasa mahupon tua yg main ujan….hahaha….mmg gelak besar laa law aku nmpk…..
Selain bole main ujan,ujan ni juga dpt mmberi ketenangan dlm jiwa kita….xpercaya???nant time ujan cuba la buat….time nk buat tu,jgn fikir apa2 langsung coz takut xmnjd…nk lg berkesan anda turun main ujan sekali dgn budak2….hahaa….lg power !! tidakkk !!! xbole nk bayang...
Nk lg best time ujan ni kan,,ada 1 ja yg mgkn korang semua dh besa buat kt umah masing2 iaitu TIDURR !!! mmg dijangkakan akan meluaskan peta semenanjung diatas bantal masing2….(kotor2…xmaw2 !)kadang2 tido xyah guna kipas dh….hnya buka tingkap ja itupon law bilik dkt tepi tingkap laaa….law xdak tingkap lam bilik anda leh la cuba buka bumbung tros…lg sejuk + basah n esok pg hidung berair n mula la demam….saat2 pling best kerna xyah p keja….hahaha…
Baru ja cerita pasal ujan,ujan dh mula turun kt umah aku,…(mcm taw2 ja org sebut pasal dia)hahaha….apa apa pon aku rasa terhibur melihat titisan2 air yg turun dri langit tu…hatiku berbisik supaya aku kena main ujan rini…baikklahhhh !!!! aku akan turuti hati ku…….sapa yg nk join bole gak tp kena umur antara 17-30thn jaa….law umur dh lebih tu org pggil buang tabiat….hahaha….jom jom !!! excited sgt ni bila tgk ujan trun lg lebat….wow !!! bersedialah utk merempuh ujan yg seronok ni….rugi bg siapa yg xmaw mencuba….kerna ujan bukan dtg tiap2 ari….so kali ni aku xmaw trlepas peluang yg berharga ni…..ok laaa…..xsabar dh ni…..choww dulu k !!!! yezzaa !!!!
Posted by islam mohd noor at 01:48 0 comments
Wednesday, 23 March 2011
melalot...
Baikklah !! diatas permin taan seseorg…mlm ni aku nk smbung blik blog kaki ngarut yezza ini…hahaha…jgn anda buang masa nk tnya siapakah gerangan beliau….kerana aku xkan bgtaw siapa
Opsss…lupa lak…assalamualaikum n semoga anda semua sihat sejahtera…mlm ni aku nk cita sikit ja jadual2 kaki ngarut ini coz nk tulis bnyk xleh sbb xsmpai lg 1 minggu berlalu…hahaha…first nk cita pasal hri pertama aku slpas menupdate blog pda ritu ….rasa2 cm xdak apa apa kot….
Boring la bila asyik sembang pasal kehidupan harian…so kali ni nk ubah sikit blog ni….bole???anggap cam bole ja noh…hmm….law anda nk cita psal apa??selalunya aku kerap meronda lam blog2 yg kepunyaan org lain,selalunya cerita psal cikaroo ataupun bahasa baku org pggil AWEK….tp aku rasa xbest la cita psal bnda tu semua….rasa cm terdedah la plak detik2 manis bersama yg tersyg…btol x???law btol angguk pala and law salah wat xtaw jaa….hahaha…
Nk tnya pasal pndapat korang ni….agak2 la,blog jenis apa yg anda semua seronok nk membaca???nk jwb pon xpa xmaw jwb pon xpa coz aku xdak hak nk kacau anda semua….yeahh !!!
Haaa !!! agak2 melalot x post aku mlm ni???mcm xda arah tuju ja pon,,,buat pengetahuan semua…mmg xdak pon.,…men ikot suka jari nk menaip jaa….otak mlm ni agak blurr….so ssh nk cri idea utk post kali ni….tp xpa….mgkn esok @ lusa @ hari demi hari selepas ini aku akan update blog ni dgn idea yg banyak…..mlm ni bknnya xdak idea,Cuma tersangkut n dia xmaw kuar….myb idea mlm ni malu kot….hahaha….
Eh2 !! rasa cm dh pnjg post ni….pelik2….dalam dok xdak idea pon leh tulis bnyk ni…..hmm….misteri ni !!! (jgn biarkan hidup anda diselubungi misteriiii)hahaha…..bg yg bru nk berkenalan dgn mamat yg periang ni(puji diri sndiri ni)sila la follow blog ni….
Act aku dh rasa malas sgt nk tulis pnjg2….hahaha….so smpai sini ja kot pertemuan kita…cehh !! masa bila bertemu??baca ada laa…haha…apa apa pon mcm besa trademark kaki ngarut yezza !! hidop mesti maw happy !!! (rini admin sndiri kureng hapy)xpa2…esok kmbali happy n akan penuhkan senyuman utk semua….yeahh !!!!
Posted by islam mohd noor at 14:00 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




