BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

WELCOME

Wednesday, 23 November 2011

mengarut di siang hari

Assalamualaikum semua !!!

terasa lama la plak xupdate blog ni...asyik tulis bab fakta ja so rini kita menungging sikit k.... :)

pertama sekali sy nk tnya korang semua sihat x?? law xsihat bawa2kla mkn ubat...walaupun ubat ni rasa lain sikit namun dia dpt bg sakit kita sembuh dgn izin ALLAH...

yg sebenarnya sy ni kureng sedar yg hari demi hari umur ni sudah meningkat.....hahaha...sibuk pnya pasal smpai lupa nk fikir pasal nyawa....tp xpa,muda ni 2 kali kan?? first muda time kita hidup n yg lg satu apabila kita berada di padang mahsyar.....right?

25/11/2011 adalah hari keramat buat abgku !! yeahh !! tahniah coz ko bakal di ijab kabulkan dgn pasanganmu.....hamba disini berdoa agar bahagia hingga ke akhir hayat..... so mlm ni trpaksa bertolak awal la nk g ganu...adoii !!! best mmg best tp mcm2 la plak dgn kt berita rini....katanya terengganu banjir. !!! uwaaa.....cm na nk g ganu ni???xpa2...nnt kita boh pelampung kt bwh bas....bila bas lalu kawasan bnjir ja,dia automatik jd keta j bond.....hahaha..bole tera tu?

act,mlz dh nk tulis ni.....asyik fikir nk kuar jaa....hehe :) moh kuar jejalan !!! law da masa g nnt update len.....bye salam

Friday, 4 November 2011

kelebihan korban

HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.
Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah .....'
Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.
Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antarnaya ialah:
1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.
3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.
Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah:

1. Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.
2. Melahirkan sikap penyayang.
3. Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.
Namun demikian, seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadah korban ialah agar ianya dibuat di atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataala semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala hanya akan menerima amalan seseorang itu mengikut tahap keikhlasan dan juga ketakwaannya dan bukan kepada besar atau kecilnya binatang yang dikorbankan itu.
Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu...."
Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala demi kebahagiaan di akhirat nanti.

Tuesday, 4 October 2011

adakah isteri @ bakal isteri anda tergolong dalam kumpulan ini?

‎6 golong yg kurang layak dijadikan isteri

1. Al -Anaanah:
Banyak keluh kesah.Yang selalu merasa tidak cukup,apa yang diberi semua tak cukup.Diberi rumah tak cukup,diberi motorsikal tak cukup,diberi kereta tak cukup.Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja,tanpa memperhatikan perasaan suami,tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih kepada suami.Apa yang suami beri pun tidak pernah puas.Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit.Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu.sangat suka cakap buruk tentang suami,tak ingat budi,tak bertanggungjawab,tiada kasih sayang.Padahal suami sudah memberi perlindungan macam-macam kepadanya.

3. Al -Hunaana:
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain.Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain.Tidak redha dengan suami yang ada.

4. Al- Hudaaqah:
Suka memaksa.Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan.Pagi,petang,malam asyik menekan dan memaksa suami.Adakalanya dengan berbagai ancaman:ingin lari,ingin bunuh diri,ingin membuat malu suami.Suami dibuat seperti hambanya,bukan sebagai pemimpinnya.Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqa:
sibuk bersolek atau tidur atau suka buang masa hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas,seperti solat berjemaah,wirid zikir,mengurus rumah-tangga,berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah:
Banyak berbual,bergosip.Siang malam,pagi petang asyik bergosip terus.Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak betul dimatanya.Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berakap di depan suami,tapi dengan telefon,SMS,internet dan macam-macam cara yang lain.Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Sunday, 18 September 2011

fakta berMUKABUKU or 'FACEBOOK'


  1. Pada tahun 2011, sebanyak 500,000,000 pengguna Facebook yang aktif. Secara tidak langsung 1 daripada 13 individu di dunia aktif menggunakan facebook setiap hari.
  2. Sebanyak 18% daripada individu yang berumur antara 18 hingga 34 tahun menggunakan facebook sebaik sahaja mereka bangun dari tidur.
  3. Sebanyak 28% daripada mereka menggunakan Smartphone untuk mengakses facebook sebelum bangun dari katil setelah tidur.
  4. Pelajar kolej / universiti (yang berumur antara 18 – 24 tahun) yang menggunakan facebook meningkat sebanyak 74% dalam masa setahun.
  5. Sebanyak 70% darpada pengguna facebook terdiri daripada mereka yang berada di luar Amerika Syarikat.
  6. Sebanyak 57% berhubung dengan rakan – rakan hanya melalui Facebook.
  7. 48% daripada masyarakat Amerika Syarikat mengakui mereka hanya mengetahui berita semasa melalui Facebook.
  8. Sebanyak 750 juta foto telah diupload hanya pada hujung minggu. Bayangkan berapa banyak gambar jika dikira termasuk hari bekerja?
KAJIAN BERDASARKAN MASA 20 MINIT DI FACEBOOK
  1. 1 000 000 orang berkongsi link / pautan
  2. 1 323 000 tag foto rakan – rakan
  3. 1 484 000 membuat jemputan ke majlis tertentu
  4. 1 851 000 kemaskini status
  5. 1 972 000 menerima friend request
  6. 1 587 000 Wall post
  7. 2 716 000 mengupload foto
  8. 10 208 000 menghantar komen
  9. 2 716 000 menghantar mesej
KAJIAN BERDASARKAN STATUS HUBUNGAN (2010)

StatusJumlah
Single43,869,800
Sukar3,025,791
Berkahwin36,774,801
Bertunang5,974,574
Menjalinkan Hubungan28,460,516

siapa hero di bukit kepong???


ISU MENGETAHUI SIAPAKAH WIRA SEBENAR BUKIT KEPONG
PIHAK POLIS BALAI BUKIT KEPONG ATAU ANGGOTA PKM
PERLU D’KAJI SEMULA SEJARAH INI BAGI MENGETAHUI SEJARAH ASAL DAN CERITA SEBENAR
DARI FAKTA YANG SEDIA ADA, KITA MELIHAT BAHAWA BALAI POLIS BUKIT KEPONG D’DIAMI OLEH ANGGOTA POLIS MELAYU DAN PENGAWAL PENGAWAL YANG TERDIRI DARIPADA PENDUDUK TEMPATAN. D’KETAHUI BALAI POLIS BUKIT KEPONG D’KETUAI SJN JAMIL YANG MENGGANTIKAN PEGAWAI BRITISH. ISU TERCETUS HANYA KERANA ANGGOTA POLIS BUKIT KEPONG ADALAH POLIS BRITISH.
D’TANAH MELAYU PADA MASA ITU, MASIH BELUM MENCAPAI KEMERDEKAAN. TANAH MELAYU D’JAJAH. BAIK BRITISH MAHUPUN PARTI KOMUNIS MALAYA. KEDUA DUANYA SAMA  IAITU SEBAGAI PENJAJAH TANAH MELAYU. KEDUA DUA PENJAJAH INI MAHU MENGUASAI TANAH MELAYU. KEDUA DUA PENJAJAH INI MASING MASING MEMPUNYAI PENYERTAAN  ANGGOTA DARI KALANGAN PENDUDUK TANAH MELAYU YANG SEMEMANGNYA RAMAI ORANG ORANG MELAYU.
APA YANG D’PERJUANGKAN OLEH KEDUA DUA PENJAJAH INI. MASING MASING MAHU MENGUASAI TANAH MELAYU DAN MENGHAMBA ABDIKAN PENDUDUK TANAH MELAYU MENGIKUT KEPENTINGAN MEREKA. SETIAP PENJAJAH SUDAH MERANCANG UNTUK MEMBENTUK TANAH MELAYU MENGIKUT ACUAN MEREKA.
BERBALIK KEPADA PERISTIWA SERANGAN D’BUKIT KEPONG. KITA MELIHAT D’SINI SIAPA YANG MEMULAKAN SERANGAN. KENAPA  PKM PERLU MENYERANG BALAI POLIS BUKIT KEPONG. JIKA MENGIKUT MAKLUMAT DARI PENULISAN MEMOIR MAT INDERA, PKM MERANCANG UNTUK MEMBERI AMARAN TETAPI SETELAH SALAH SEORANG ANGGOTA POLIS TERNAMPAK KELIBAT ANGGOTA PKM YANG SEDANG MEMOTONG KERAWAT BESI LALU D’TEMBAKKNYA ANGGOTA PKM TERSEBUT. DAN DARI SITU BERMULA SERANGAN HABIS HABISAN. BANYAK KEKEJAMAN D’LAKUKAN BUKAN HANYA PADA ANGGOTA POLIS BUKIT KEPONG MALAH AHLI KELUARGA MEREKA TURUT  D’BUNUH DENGAN KEJAM.
JIKA PKM BENAR HANYA MAHU MENGEMPUR ANGGOTA POLIS D’BALAI TERSEBUT, KENAPA AHLI KELUARGA TURUT D’JADIKAN MANGSA. BAGAIMANA KITA PATUT MEANGGAP PKM SEBAGAI WIRA JIKA MEREKA BOLEH MEMBUNUH ORANG ORANG YANG TAK BERSALAH HANYA KERANA MAHU ANGGOTA POLIS MENYERAH DIRI.
DARIPADA CERITA INI, PIHAK POLIS BUKIT KEPONG D’ANGGAP WIRA KERANA MEMPERTAHANKAN KUBU MEREKA. BALAI POLIS BUKIT KEPONG TERLETAK D’KAWASAN TERPENCIL UNTUK MENJAGA KAWASAN DAN BUKAN SEBAGAI KUBU SERANGAN TERHADAP PKM. PKM SEDIA MAKLUM BAHAWA BALAI POLIS BUKIT KEPONG PADA MASA ITU KETIADAAN RAMAI ANGGOTA DAN KELEMAHAN ITU YANG MEMBAWA KEPADA SERANGAN MEREKA KE ATAS BUKIT KEPONG.
KESIMPULANNYA D’SINI, SEJARAH HANYA MELAKAR SESUATU KISAH YANG PERNAH TERJADI SEBAGAI RUJUKAN KITA YANG HIDUP DARI GENERASI KE GENERASI. SEJARAH BUKAN BOLEH D’TOKOK TAMBAH DAN D’UBAH KERANA SEMUA ITU MENGUBAH KEJADIAN ASAL. YANG PENTING NEGARA SUDAH MERDEKA. PENJAJAH TETAP PENJAJAH. KITA BUKAN LAGI HAMBA, TALI BARUT, ORANG TENGAH,  ORANG SURUHAN MAHUPUN TENTERA MEREKA LAGI. PELIHARALAH KEMAKMURAN NEGARA YANG TERCINTA INI.
SALAM SATU MALAYSIA DARI RAKYAT YANG MECINTAI NEGARANYA.