BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 24 November 2012

Doa Mohon Keselamatan, Kesihatan dan Tolak Bala











Assalamu'alaikum wm wbr.
...
Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya menggerakkan hati saya untuk meng'update' blog ini yang sudah sekian lama tidak dikemaskini.
...
Pada kesempatan ini sukacita saya berkongsi suatu doa yang saya petik daripada rangkaian "Doa-doa mustajab selepas majlis zikir mengikut hajat" susunan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.
...
Seperti biasa adab-adab berdoa perlulah diperhatikan, dan ketika berdoa tumpukan sepenuh hati, penuh mengharap, mengadu kepada Allah SWT, serta fahami setiap patah doa yang dibaca. Alhamdulillah, dengan rendah hati dan penuh kesyukuran kepada Allah SWT (bukan untuk menunjuk atau bermegah), penulis pernah mengecap rasa nikmat berdoa yang mana masalah penulis terlerai ketika sedang membaca doa ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.










Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qada' dan qadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang hambaMu, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

amalan untuk menajamkan penglihatan....


Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata..Insyallah..

Assalamualaikum.. di sini saya ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata.. semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun,, saya tengok kawan2 saya ramai jugak yang rabun dan terpaksa menambah power 'spec mata'.. jadi, saya tiba2 teringat ilmu yang ustaz saya ajar ni..

Jadi kawan2, masa anda semua menjawab Azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسو
ل الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dalam gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu di kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

InsyaAllah, sentiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

Friday, 23 November 2012

benarkah bumi akan gelap pada 23,24 dan 25 Disember 2012???



Benarkah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012? Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja. 

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4. 



Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari. Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. 

Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Petikan dari NASA:
(Whether it's true or not, better be prepared. No panic, stay calm, just pray. Remember to smile more, love more, forgive more...everyday. Better avoid traveling during December 2012) NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe. US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012. It is not the end of the world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see a entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23rd, 24th and 25th....during this time, staying calm is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not prepared, many will die because of fear. Be happy..., enjoy every moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and don't want to talk about it for fear of creating fear and panic. We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talk about preparation

Thursday, 22 November 2012

amalan untuk menolak sihir...


 

Diantara amalan dalam ikhtiar mengelak sihir dan santau adalah dengan selalu mengamalkan Bismillah 5. Bacalah dan jadikan sebagai amalan selepas solat, nak keluar rumah dan semasa nak tidur. Semoga dengan mengamalkannya kita akan mendapat perlindungan Allah hendaknya...Aameen.


Ertinya:-

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,

Dengan nama Allah yang penyembuh,

Dengan nama Allah yang mencukupi segalanya,

Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat pada sesiapa yang berlindung dengan namanya samada kejahatan di bumi maupun di langit, Dia amat Maha menDengar lagi Maha Mengetahui. 


Dinamakan Bismillah 5 kerana ada lima Bismillah di awal rangkapnya. Elok diamalkan bersama Bismillah 6 sebagai menstabilkan limpahan energi Bismillah 6 yang menyebabkan kesan sampingan seperti tapai menjadi tawar, tabiat ragi tidak berfungsi. Amalan bersama Bismillah 5 Bismillah 6 menjadikan segala racun menjadi tawar dan tidak akan memberi mudarat kalau tersalah minum. Semuanya dengan izin Allah jua.



Manfaat:

1. Penawar bisa diri.

2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.

3. Penawar bisa-bisa badan.

4. Penawar bisa batu merian.

5. Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

p.s. Rujukan mengenai Bismillah 5, fungsi dan cara menggunakannya adalah RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN & AS-SUNNAH oleh Dr. Amran Kasimin & Prof. Dr. Haron Din

Cara menggunakan Bismillah 5:

1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempat tadi, kemudian baru tiup di air; atau

2.kalau tempat sakit itu tidak boleh diletakkan tangan kerana sakit atau sukar untuk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

Atau cara lain yang boleh diamalkan, dengan meletakkan tangan diatas tempat sakit itu dan bacalah terus bismillah 5 ini, macam anak jatuh dan takut tak sempat nak ikut cara di atas...yang penting KEYAKINAN semasa membacanya dan khusyuk. InsyaAllah. 


Kalau kepala anak benjol sebab jatuh, sambil tuam air suam atau air batu pada tempat yang benjol itu, boleh baca bismillah 5 ini sekali. Kalau rasa nafas pendek tak boleh nak baca bismillah 5 ini dengan satu nafas sampai 7 kali bolehlah ikut berapa kita suka, tak mengapalah, bolehlah satu bismillah dengan satu nafas.

ucapan aluan thn baru pembinaan blog

assalamualaikum semua...pertama dahulu sy ingin memohon maaf sbb lama xupdate kt blog ni....ini pon sbb sy sibuk dgn keluar mencari ilmu2 yg bole nk kongsikan dgn anda semua....InsyaAllah sy akan kongsikan sikit2 ilmu yg sy ada....itupon law dpt membantu anda semua...

bila sya dh siap utk tulis maka selepas ini akan terbitlah wajah bru dkt kaki ngarutt yeezza ni....slpas ni sy cuba akan terbitkan ilmu2 mengenai agama,perubatan islam,sains dan mcm2 lg...pstikan anda tggu ja k...